WEB BLOG - KELAH2U telah dibangunkan pada JANUARI 2009. Dibangunkan bertujuan untuk memudahkan perkongsian maklumat secara online. Di sini juga kami telah menyediakan beberapa artikel berkaitan Ikan Kelah (Mahseer Fish) berdasarkan tempoh Survey, Monitor & Research. Kami juga telah menyediakan sumber-sumber maklumat dari pihak lain. Ini diharap dapat membantu mereka yang baru mula untuk memelihara dan ingin mengenali spesis dalam keluarga Ikan Kap ini.
HOBI - Bermula pada 2001 dengan hobi memelihara Ikan Kelisa (Arowana) juga dikenali sebagai Dragon Fish atau Bonytongued Dragon akhirnya beralih kepada Ikan Kelah. Kini setelah hampir empat tahun mengenali Ikan Kelah, saya merasakan Ikan Kelah juga mempunyai daya tarikan setanding dengan Ikan Kelisa. Selain sebagai ikan peliharaan, ia juga merupakan a fish angler's dream bagi pemancing.
TAHUN AWAL - 2006 merupakan tahun awal mengenali Ikan Kelah. Pada waktu itu ianya telah banyak ia banyak dijadikan ikan hiasan, dari lenggok renang Ikan Kelah ini yang kerap berkumpulan, dan kadang2 seakan2 menari berpasangan telah menarik minat saya untuk memeliharanya. Pada peringkat awal saya mendapati bahawa penjagaan Ikan Kelah ini juga agak rumit seperti Ikan Kelisa.
Alhamdulillah dengan bantuan online communication & networking, saya lebih mudah mendapatkan segala maklumat tentang Ikan Kelah ini. Pada pemerhatian saya yang berterusan, penjagaan Ikan Kelah perlu melibatkan beberapa faktor penting antaranya kualiti air permulaan (cycling) dan gantian (water changing), pemakanan serta persekitaran. Dalam masa yang sama, saya juga telah mengenali beberapa penggemar dan peminat Ikan Kelah yang telah lama berada dalam bidang ini. Mereka juga telah arif tentang selok belok tempat dan lubuk di mana Ikan Kelah ini berada.
KEJAYAAN - Hasil yang saya boleh ungkapkan sebagai satu 'kejayaan' dapat memelihara kesemua Ikan Kelah batch pertama tahun 2007 tanpa masalah besar yang dihadapi. Survey, monitor & research yang dilakukan terhadap benih Ikan Kelah diteruskan sehingga kini dan 'keputusan bersama' telahpun dibuat pada akhir tahun 2008 agar Ikan Kelah ini dapat dikomersilkan.
Maklumat dari rakan-rakan samada secara pertemuan mahupun secara online. Kami berjaya mendapatkan anak benih Ikan Kelah Merah (Red-finned Mahseer) yang sumbernya diperolehi dari seorang penternak atau rakan di Kelantan. Kesemua ikan yang diperolehi ditempatkan di kawasan transit sementara di Selangor. Anak benih Ikan Kelah bersaiz 2 ke 3 inci akan di pelihara untuk proses tumbesaran, manakala anak benih Ikan kelah bersaiz 4 inci ke atas akan terus dijual kepada pembeli tetapi dihadkan penjualannya mengikut keperluan.
SUMBER - Sehingga kini kami telahpun memiliki sumber utama anak benih Ikan Kelah dan Ikan Kelah dewasa. Antaranya Ikan Kelah Merah dan Ikan Kelah Merah Bara dari beberapa kawasan di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Beberapa jenis spesis lain dari dalam dan luar negara yang dijual bersama : Sumatran Mahseer (Garing), Blue Mahseer Thailand, Golden Mahseer, Golden Mahseer Burmese. Ia merupakan benih dari ladang ternakan Ikan Kelah yang berlesen iaitu menangkap dan menjual.
VISI - Dengan memilih Ikan Kelah ini, saya mengharapkan suatu hari nanti dengan niat dan usaha yang bersungguh disusuli sokongan semua pihak, saya dapat membantu dalam proses pemuliharaan khazanah berharga ini. InsyaAllah dalam usaha berterusan dari pihak KELAH2U, kami memiliki harapan yang tinggi untuk bersama menjayakan usaha yang telah lama dijalankan iaitu pembiakan Ikan Kelah dan memastikan ia tidak menghadapi kepupusan.
PENUTUP KATA
Untuk pengetahuan semua, pihak KELAH2U masih lagi dalam proses Survey, Monitor & Research. (InsyaAllah ke arah pembekalan benih sepenuhnya), ini bersesuaian dengan matlamat awal pihak KELAH2U iaitu lebih kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan spesis ikan air tawar yang terancam (endangered) di Malaysia ini.
Untuk penekanan dan perhatian semua, Ianya tersenarai dalam Senarai Merah oleh Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN), dalam kategori (EN) iaitu spesis yang menghadapi risiko kepupusan tinggi dalam waktu yang terdekat. Kami berharap agar anda juga mempunyai matlamat yang sama.
Terima kasih,
bagi pihak KELAH2U
Origin of the name 'Kelah'
Kelah is a fish from the genus Tor. The general name of 'mahseer' (Indian for 'big head') is popularly used. In the nothern parts of India, mahseer is also called 'kurriah' or 'kukhiah' ,whilst our kejor (tengas) is called 'kajra'.
Keep in touch. Tq
Visit NEW Buy Sell Blog: MAHSEER AQUA
Update: 11/3/2011
There is high possibility that the name of kelah is derived from these terms. After all, the Hindu civilization was the earliest to entrench itself in the Malaysia Peninsular.
U have any comments or question? Please email to kelah2u @ gmail.comKeep in touch. Tq
Visit NEW Buy Sell Blog: MAHSEER AQUA
Update: 11/3/2011